Speedy Video

Speedy Video Distributors Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengedar salinan filem, drama dan album muzik fizikal yang beribu pejabat di Malaysia.[2] Syarikat ini juga telah menyediakan teknologi dalam bentuk filem dan muzik yang terkini kepada pengguna di rumah. Pada tahun 2010, Speedy Video Distributors dan Berjaya HVN Malaysia ialah dua syarikat pengedar filem utama di Malaysia.[3] Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan diperkukuh dengan cawangan yang melebihi 90 buah di seluruh Malaysia. Seterusnya, syarikat ini mempunyai rantaian yang terbesar dan boleh dijumpai secara meluas di seluruh Malaysia.[4] Namun begitu, pada Jun 2020, syarikat ini telah mengumumkan perancangan untuk menutup semua operasi perniagaan syarikat di Malaysia.[2]Syarikat ini mempunyai lebih kurang 80,000 buah tajuk di dalam bentuk DVD, VCD, CD dan sinonim dengan servis yang berkualiti. Selain itu, syarikat ini menawarkan pelbagai tajuk untuk pelanggan yang mencari produk asli dengan harga yang berpatutan. Baru-baru ini, syarikat ini telah menjual beberapa buah cakera Blu-ray dan HD DVD seiring dengan teknologi canggih yang berkembang di dalam bentuk cakera optik untuk hiburan di rumah.[4]Selain daripada menjadi empunya tunggal kepada lebih 90 buah cawangan kedai runcit di seluruh Malaysia, syarikat ini mempunyai lesen serta pemegang hak cipta untuk pelbagai buah tajuk untuk studio yang terkemuka dan bebas. Terdapat beberapa buah studio yang dilesenkan di bawah syarikat ini. Antaranya ialah Tsuburaya Productions, Toei Animation, Toei Company, Celestial Pictures, Golden Screen Cinemas Independent Labels, GTV dan banyak lagi. Di samping itu, syarikat ini juga mendapatkan dan membekalkan hiburan berbentuk teater dan lesen untuk penyiaran televisyen untuk pelbagai studio teater, pengendali pawagam, penyiaran saluran untuk televisyen percuma dan berbayar. Syarikat ini mempunyai daripada tiga anak syarikat iaitu Alliance Entertainment Malaysia, Movie Magic dan HVN Entertainment. Tambahan pula, syarikat ini menjadi pengedar tunggal antaranya untuk:[4]

Speedy Video

Industri Hiburan
Tempat dibekalkan Seluruh Malaysia serta seluruh dunia
Bilangan kawasan 92
Anak syarikat
  • Alliance Entertainment Malaysia
  • Movie Magic
  • HVN Entertainment
Perancang utama Raymond Chin[1]
Ibu pejabat No. 30, Jalan Sulaiman 1, Taman Ampang Hilir, 68000 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang www.speedy.com.my
Keluaran Cakera Blu-ray, DVD, VCD, CD, cenderamata
Ditubuhkan Malaysia (1989 (1989))
Genre Hiburan, pendidikan, kesihatan
Jenis Swasta
Perkhidmatan Penghantaran barang melalui perkapalan dan kaedah lain